Pages

Sample Gadget 2

PERATURAN PUSAT SUMBER

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 
Peraturan Penggunaan Perpustakaan

Disiplin
 
1.      Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2.      Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3.      Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4.      Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah  
         kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru 
         PSS.
5.      Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak 
         dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6.      Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan 
         kemas selepas digunakan.
7.      Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam 
         perpustakaan tanpa kebenaran.
8.      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi 
         pembelajaran tanpa diiringi guru.
9.      Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di 
         tempat yang disediakan.
 
Bahan-bahan Perpustakaan
 
1.      Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng 
         atau dirosakkan.
2.      Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak 
         dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3.      Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat 
         disediakan.
 
Pakaian
 
1.      Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam 
         perpustakaan.
2.      Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah 
         tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.
 
Peringatan:
 
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan.
 
 
 Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru
 
1.      Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan 
         bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.
 
2.      Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik 
         Pusat Sumber.
 
3.      Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya 
         sehari sebelum hari penggunaan.
 
4.      Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan 
         Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
 
5.      Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik 
         dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment