Pages

Sample Gadget 2

MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH





MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH



KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH
 
Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini.
PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah  kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar  dalam pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum.
Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut.


2.1          Sejarah Penubuhan PSS
            Pusat Sumber SMKD telah ditubuhkan pada tahun 1977 dengan hanya keluasan satu bilik kelas. Ia terletak di paras 2 bangunan terawal iaitu blok tingkatan dua sekarang. PSS SMKD telah berpindah ke bangunan baru (lokasi sekarang) iaitu di blok pentadbiran bermula pada tahun 2001.

2.2       Lokasi Pusat Sumber SMK Dabong
1. Terletak di paras 4 blok pentadbiran
            2. Bersebelahan bilik ABM
            3. Bertentangan dengan bilik APD.



TINGKATAN 5

PERPUSTAKAAN

BILIK ABM




2.3       Visi Pusat Sumber SMK Dabong
Melahirkan sumber manusia yang berkualiti.

2.4       Misi Pusat Sumber SMK Dabong
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menerusi penggunaan bahan dan alat yang berkualiti.

2.5       Piagam Pusat Sumber SMK Dabong
Sentiasa memastikan warga SMKD :
·         Mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada pengawas PSS.
·         Memperolehi bahan bacaan/alat bantu yang sesuai dengan tahap umur.
·         Mendapat bahan yang diperlukan dengan mudah, cepat dan bersistematik.
·         Menggunakan kemudahan PSS yang disediakan dengan selamat dan selesa.

2.6       Objektif Pusat Sumber SMK Dabong
·         Meningkatkan mutu pengajaran – pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
·         Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku dan kaedah tradisional.
·         Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan secara sistematik.
·         Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran – pembelajaran.
·         Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar- pelajar.
·         Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

2.7       Fungsi dan Peranan Pusat Sumber SMK Dabong
  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
  • Merupakan tempat bahan pengajaran & pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  • Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat yang lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
  • Memberi panduan mencari, mengguna, menghasilkan dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
  • Mengalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
  • Menyediakan peluang murid mengembangkan kemahiran maklumat.
  • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  • Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan pengembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  • Menyediakan alatan reprografi dan rakam salin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.








0 comments:

Post a Comment