MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
KONSEP
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat
Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan menyebarkan
bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan
bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini.
PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Di
samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar dalam pendidikan mereka termasuk dalam
kegiatan ko-kurikulum.
Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan
dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi
memenuhi keperluan tersebut.
2.1 Sejarah Penubuhan PSS
Pusat Sumber SMKD telah ditubuhkan
pada tahun 1977 dengan hanya keluasan satu bilik kelas. Ia terletak di paras 2
bangunan terawal iaitu blok tingkatan dua sekarang. PSS SMKD telah berpindah ke
bangunan baru (lokasi sekarang) iaitu di blok pentadbiran bermula pada tahun
2001.
2.2 Lokasi
Pusat Sumber SMK Dabong
1. Terletak di paras 4 blok pentadbiran
2. Bersebelahan bilik ABM
3. Bertentangan dengan bilik APD.
2.3 Visi
Pusat Sumber SMK Dabong
Melahirkan sumber manusia yang berkualiti.
2.4 Misi
Pusat Sumber SMK Dabong
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
menerusi penggunaan bahan dan alat yang berkualiti.
2.5 Piagam
Pusat Sumber SMK Dabong
Sentiasa
memastikan warga SMKD :
·
Mendapat
perkhidmatan yang terbaik daripada pengawas PSS.
·
Memperolehi bahan
bacaan/alat bantu yang sesuai dengan tahap umur.
·
Mendapat bahan
yang diperlukan dengan mudah, cepat dan bersistematik.
·
Menggunakan
kemudahan PSS yang disediakan dengan selamat dan selesa.
2.6 Objektif
Pusat Sumber SMK Dabong
·
Meningkatkan mutu
pengajaran – pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
·
Menggalakkan
pelajar dan guru menggunakan pelbagai pembelajaran supaya mereka tidak hanya
bergantung kepada buku dan kaedah tradisional.
·
Memupuk tabiat
belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan secara
sistematik.
·
Membantu pelajar
dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan
pengajaran – pembelajaran.
·
Mengadakan
perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan
pelajar- pelajar.
·
Melatih pelajar
menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
2.7 Fungsi
dan Peranan Pusat Sumber SMK Dabong
- Mengenal
pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan
ko-kurikulum.
- Berkhidmat
sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau
kumpulan dalam proses pembelajaran.
- Merupakan
tempat bahan pengajaran & pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk
kegunaan dalam kelas atau di rumah.
- Menjadi
pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat yang lain bagi
tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
- Memberi
panduan mencari, mengguna, menghasilkan dan mempersembahkan maklumat
selaras dengan keperluan kurikulum.
- Mengalakkan
dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
- Menyediakan
peluang murid mengembangkan kemahiran maklumat.
- Menyediakan
kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
- Membuat
perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan
semasa dan pengembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
- Menyediakan alatan
reprografi dan rakam salin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan
proses pembelajaran.