Satu Pertandingan Pembaca Terbanyak akan diadakan di peringkat SMK Dabong bersempena Program Nilam 2015. Program ini terbuka kepada semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Segala
aktiviti yang dijalankan akan direkod dalam buku khas, disemak dan dinilai oleh
guru pembimbing yang ditentukan.
Anugerah yang diberikan adalah seperti berikut.
- Pembaca terbanyak mengikut tingkatan
- Pembaca terbanyak mengikut bulan
- Pembaca paling aktif memasuki perpustakaan
- Pembaca terawal memasuki perpustakaan setiap hari
Pertandingan ini akan dijalankan bermula bulan April dan berakhir pada bulan Oktober
*Hadiah menarik menanti anda pada setiap bulan.